Dayang Madinah Abang Openg
Dayang Madinah Abang Openg | |
---|---|
Ahli Dewan Negara | |
Dalam jawatan 19 Julai 2010 – 18 Julai 2016 | |
Lantikan | Dewan Undangan Negeri Sarawak |
Didahului oleh | Empiang Jabu |
Digantikan oleh | Zaiedi Suhaili |
Maklumat peribadi | |
Ibu bapa | Abang Openg Abang Sapiee (bapa) |
Saudara | Abang Abdul Rahman Zohari Abang Openg (Abang) |
Dato Hajah Dayang Madinah binti Tun Datuk Haji Abang Openg adalah seorang senator Malaysia mulai 11 Julai 2010. Beliau merupakan Naib Ketua Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB). Dayang Madinah merupakan usawan wanita yang berjaya. Beliau merupakan wanita Melayu pertama dari Sarawak yang dilantik sebagai senator.
Pendidikan
[sunting | sunting sumber]Dayang Madinah bersekolah di Sekolah Rendah dan Menengah St Mary, Kuching. Kemudian ke UiTM dalam bidang sains pengurusan dan pentadbiran.
Keluarga
[sunting | sunting sumber]Ayah beliau Tun Abang Openg Abang Sapiee iaitu Yang di-Pertua Negeri Sarawak pertama. Abangnya merupakan Ketua Menteri Sarawak keenam, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.
Politik
[sunting | sunting sumber]Dayang Madinah mulai menceburi bidang politik Sarawak pada 1983. Dilantik menjadi setiausaha pergerakan wanita (1989-1995) dan Majlis Tertinggi Pergerakan Wanita PBB (1987-sekarang). Beliau aktif sebagai Jawatankuasa Biro Wanita Saberkas Sarawak, Pengerusi Pembangunan Wanita dan Keluarga bagi Kawasan Petra Jaya dan Anggota Lembaga Pengarah Koperasi Wanita Sarawak Bhd (KOWASA).
Beliau adalah wanita ketiga dari Sarawak dilantik sebagai Anggota Dewan Negara selepas Empiang Jabu dari PBB dan Doris Sophia Brodi dari Parti Rakyat Sarawak (PRS).[1]
Anugerah dan pengiktirafan
[sunting | sunting sumber]- Sarawak
- Panglima Setia Bintang Sarawak (PSBS) - Dato (2013)
- Malaysia
- Pingat Pangkuan Negara (PPN)
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Dayang Madinah Dilantik Senator mStar online